Perkongsian Pengalaman

Ahad, 3 Julai 2011

Konvensyen QE (5S) anjuran MPC 2011


Kandungan Brosur
Alhamdulillah. TNB Jitra dan TNB Langkawi telah dipilih oleh pengurusan TNB Negeri Kedah  untuk membentangkan amalan terbaik dalam pelaksanaan 5S pada Konvensyen QE (5S) anjuran MPC 2011 yang akan diadakan di Meritus Pelangi Beach Resort & Spa Langkawi pada 18hb dan 19hb Julai 2011. Pemenang-pemenang bagi Peringkat Wilayah ini akan dijemput untuk menyertai pula Konvensyen Peringkat Kebangsaan.

Objektif konvensyen ini adalah seperti berikut:
  • Menggalakkan pemesatan aktiviti 5S ke seluruh negara dengan memasukkan elemen-elemen inovatif dan kreatif di dalam menyelesaikan masalah di tempat kerja.
  • Memberi peluang kepada kumpulan-kumpulan 5S berkongsi idea serta pendapat dan juga pengalaman di dalam usaha untuk meningkatkan serta menanamkan satu budaya kerja yang lebih baik bagi meningkatkan prestasi kumpulan dan juga organisasi.
  • Bagi mengenalpasti kumpulan-kumpulan 5S yang menyerlah di dalam mengeluarkan idea-idea bernas di dalam persembahan projek mereka untuk dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori yang dipertandingkan di semua peringkat.
Semoga dengan pencalonan ini, akan dapat membuahkan kejayaan manis untuk TNB Jitra khususnya dan TNB Kedah amnya.  

Ayuh kawan-kawan, kita buktikan. JITRA BOLEH!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan