text

Perkongsian Pengalaman

Khamis, 31 Mac 2011

Majlis Pelancaran Blog 5s TNB Jitra



Pengurus Kawasan (Alor Setar), Encik Abdul Aziz bin Yaacob sedang melakukan gimik perasmian
Blog 5s TNB Jitra boleh dilayari di http://jitraboleh.blogspot.com

Alhamdulillah, blog 5s TNB Jitra telah selamat dilancarkan oleh Pengurus Kawasan (Alor Setar), Encik Abdul Aziz bin Yaacob pada hari ini, 31.03.2011. Detik bersejarah ini turut disertai oleh rombongan dari Jabatan Taman Laut Negeri Kedah yang diketuai oleh Pengarahnya sendiri, En Mohd Nazri yang membuat lawatan benchmarking amalan 5s di TNB Jitra.



Rabu, 30 Mac 2011

Persijilan 5s oleh MPC

Bergambar kenangan bersama Juruaudit MPC, Pn Suriati Zailnal Abidin (enam dari kiri)
Pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti 5s oleh MPC
TNB Jitra telah berjaya memperolehi Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti 5s pada 23 Januari 2010 yang lalu. Buat masa sekarang, TNB Jitra dalam proses untuk memperbaharui semula persijilan dengan membuat beberapa penambahbaikan. Persijilan semula  dijangka akan dilaksanakan dalam bulan April 2011. Semoga TNB Jitra berjaya dalam persijilan semula. Jitra Boleh!

Steering Committee 5s

Steering Committee 5s TNB Jitra

Untuk keterangan lanjut tentang Amalan 5s di TNB Jitra dan Lawatan Benchmarking, sila hubungi Setiausaha Steering Committee 5s TNB Jitra di talian, 04-9171004.

Majlis Pelancaran Blog 5s TNB Jitra

Insya allah, laman Blog 5s TNB Jitra akan dilancarkan pada esok hari, Khamis, 31.03.2011, jam 9.30 pagi di Bilik Mesyuarat Sri Tunjang, Aras 4, TNB Jitra oleh Pengurus Kawasan (Alor Setar), En Abdul Aziz bin Yaacob. Semua anggota kerja dijemput hadir. Jitra Boleh!

Isnin, 28 Mac 2011

Pertandingan Mencipta Logo dan Slogan 5s TNB Jitra

Sessi pemilihan pemenang
Serius berbincang...
Antara logo ciptaan anggotakerja TNB Jitra
Logo dan Slogan Ciptaan Pn Baini Bt Baisun dipilih sebagai pemenang

Big Cleaning Days TNB Jitra 1

Mendengar amanat dari PC Jitra sebelum memulakan "Big Cleaning Days"
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing...
Macam-macam ada...



Isnin, 21 Mac 2011

Seuntai Kata Pembuka Bicara

Pertamanya syukur Alhamdulillah kerana atas keizinan-Nya, pengamalan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-5S) di TNB Jitra ini berjalan dengan jayanya sehingga berjayanya juga Jawatankuasa Induk Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-5S) TNB Jitra memiliki laman blog sendiri.
Tahniah kepada semua anggota kerja TNB Jitra kerana telah berjaya memberi komitmen dan kerjasama sehingga TNB Jitra berjaya pertama kali mendapat persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-5S) pada 23 Januari 2010 dan seterusnya menjadi Finalis Anugerah Persekitaran BerKualiti (QE-5s) Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Hotel Hilton, Petaling Jaya pada Disember 2010. Semangat dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh semua anggota kerja TNB Jitra adalah satu perkara yang teramat tinggi nilainya.
Sebagai salah satu usaha ‘Kaizen - Perubahan Berterusandan ke arahPersijilan Semula’, Jawatankuasa Promosi TNB Jitra telah mengambil inisiatif untuk menampilkan blog 5s Menjana Organisasi Cemerlang seiring dengan perkembangan teknologi terkini. Antara tujuannya ialah untuk berkongsi di alam cyber tentang Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-5S) di TNB Jitra. Maklumat di dalamnya akan dikemaskini setiap masa dan diharapkan sedikit sebanyak menerangkan setiap maksud atas setiap sesuatu yang dilaksanakan dan akan dipertingkat dari semasa ke semasa mengikut keperluan Selain itu, laman blog ini juga diterbitkan sebagai perantara ‘knowledge sharing’ di antara kita tak kira di mana berada. Komen dari semua amatlah dialu-alukan untuk penambahbaikan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-5s) di TNB Jitra.
Insya-Allah, pelbagai lagi usaha akan dilaksanakan agar 5S akan sentiasa menjadi tonggak menyokong kejayaan TNB Jitra mencapai semua matlamatnya
Tahniah sekali lagi kepada semua anggota kerja, Kumpulan Smart, Zoom, Graviti, Slam, Delta dan Mutiara. Tahniah dan Syabas kepada semua Ahli Jawatankuasa Induk Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-5S) TNB Jitra terutamanya Jawatankuasa Promosi. Tidak lupa juga kepada MSOD dan Pengurusan TNB Negeri Kedah yang banyak membantu dalam menjayakan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-5s) di TNB Jitra. 
“5S Menjana Organisasi Cemerlang