text

Perkongsian Pengalaman

Selasa, 31 Mei 2011

LAWATAN BENCHMARKING


Jawatankuasa Induk 5S TNB Jitra telah memutuskan untuk melakukan lawatan benchmarking dalam usaha penambahbaikan Amalan 5S di TNB Jitra. Antara lawatan tersebut ialah :
  1. Jabatan Perhilitan Negeri Kedah  - 31 Mei 2011
  2. TNB Taiping - 13 Jun 2011
  3. Majlis Daerah Cameron Highlands - 24 Jun 2011
Diharapkan lawatan yang telah dirancangkan ini dapat memberi pengalaman baru kepada anggotakerja TNB Jitra. Komitmen semua amat ditagih dalam membudayakan amalan 5s secara berterusan. JITRA BOLEH!

LAWATAN BENCHMARKING DI JABATAN PERHILITAN NEGERI KEDAH

Encik Ismail bin Yahaya, Pengerusi J/Kuasa Promosi sedang memberikan taklimat.
Puan Norsiah binti Abu Bakar sedang memberi penerangan
Tempat Simpanan Borang
Anggotakerja TNB Jitra mendengar dengan penuh minat
Puan Ruzana, SU Jawatankuasa Induk 5S TNB Jitra menyampaikan  Cenderahati kepada En Abdullah, Koordinator 5S Jabatan Perhilitan Negeri Kedah   
Dalam usaha penambahbaikan Amalan 5S di Jitra, satu lawatan benchmarking Amalan 5S telah dilakukan pada 31 Mei 2011. Jabatan Perhilitan Negeri Kedah telah dipilih untuk tujuan tersebut. Taklimat tentang Amalan 5S di Jabatan Perhilitan Negeri Kedah telah disampaikan oleh Encik Ismail bin Yahaya, Pengerusi Jawatankuasa Promosi 5S. Banyak perkara yang telah dikongsikan tentang Amalan 5S antara kedua-dua pihak. Semoga lawatan ini dapat memberikan input berguna kepada semua anggotakerja TNB Jitra. Terima kasih kepada Jabatan Perhilitan Negeri Kedah kerana sudi menerima kunjungan kami. JITRA BOLEH!

PERSIJILAN SEMULA 5S TNB JITRA

Poster Persijilan Semula 5s TNB Jitra
Selepas pelbagai rintangan ditempuhi, akhirnya Jawatankuasa Induk 5S TNB Jitra telah memutuskan bahawa 30 Jun 2011 adalah hari untuk Persijilan Semula 5S TNB Jitra. Oleh itu, semua anggotakerja TNB Jitra diminta untuk terus komited dengan Amalan 5S. Diharapkan kejayaan menjadi finalist pada Konvensyen Anugerah QE-5S Peringkat Kebangsaan 2010 dapat diulangi lagi dan seterusnya memenangi Anugerah untuk tahun ini. Insya Allah, JITRA BOLEH.