text

Perkongsian Pengalaman

Ahad, 14 Ogos 2011

TNB JITRA MENDAPAT PENGIKTIRAFAN DALAM KONVENSYEN QE-5S WILAYAH UTARA 2011

Sessi pembentangan sedang berjalan
Sessi soal jawab oleh juri
Turut hadir memberi sokongan. En Bakri dan Pn Rosmawati dari TNB Kedah dan En Zul Bahri dari PQM
Bergambar kenangan selepas Majlis Penutup

 TNB Jitra telah berjaya mendapat pengiktirafan 3 bintang di Konvensyen QE-5S Peringkat Wilayah Utara 2011 yang diadakan pada 19 Julai 2011 di Hotel Meritus Pelangi Resort & SPA, Langkawi.

Konvensyen yang julung kali diadakan ini disertai sebanyak 11 pasukan yang telah memperolehi Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Tahniah diucapkan kepada seluruh anggota kerja TNB Jitra di atas kejayaan tersebut dan secara langsung telah layak ke Konvensyen Kecemerlangan Kualiti 5S Peringkat Kebangsaan 2011.

Kita telah buktikan, “dimana ada kemahuan, di situ ada kejayaan”. Jitra Boleh!

TAHNIAH

Taklimat diberikan oleh Pengurus Cawangan (Jitra), En Husaini Shahidan
Sessi Audit di Kedai Tenaga
Membuat semakan stok di Stor
Alhamdulillah. Tanggal 14hb Julai 2011, TNB Jitra telah telah lulus dengan cemerlang di dalam Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti 5S daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Sesi audit telah dikendalikan oleh Cil Khalidatul Asrin Abdul Aziz, Juruaudit MPC Wilayah Utara, Bertam, Pulau Pinang.

Cik Khalidatul Asrin di dalam pengulasannya berkata, dokumentasi 5S sangat baik, teratur dan berpuashati dengan amalan 5S di TNB Jitra dan berharap agar semua warga kerjanya akan terus mengamalkan 5S seterusnya menjadi contoh kepada jabatan-jabatan lain sebagai penanda aras pelaksanaan 5S. Markah yang dicadangkan ialah 90%. Peningkatan hampir 10%. 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga kerja Bahagian Pembahagian Jitra di atas kejayaan cemerlang mendapat persijilan semula 5S. Jitra Boleh! 
 

PELANCARAN MANUAL QE-5S EDISI KEDUA

Sebagai simbolik Amalan 5S, semua anggota kerja memakai baju rasmi 5S stesen pada hari pelancaran.
Antara anggota kerja yang hadir
Encik Husaini sewaktu ucapan pelancaran.
Ketua-ketua kumpulan 5S bergambar bersama PC Jitra selepas pelancaran.


Sebagai salah satu usaha ‘Kaizen–Perubahan Berterusan’ dan ke arah ‘Persijilan Semula’, Jawatankuasa Promosi TNB Jitra telah mengambil inisiatif untuk mengeluarkan ‘Buku Manual Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-5S) TNB Jitra Edisi 2’. Antara tujuannya ialah sebagai buku yang menerangkan semua intipati sistem pengamalan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-5S) di TNB Jitra. Maklumat didalamnya menerangkan setiap maksud atas setiap sesuatu yang dilaksanakan dan akan dipertingkat dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

‘Buku Manual Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-5S) TNB Jitra Edisi 2’ ini juga dikeluarkan bagi tujuan mengumpul semua sistem-sistem pengamalan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-5S) yang diwujudkan di TNB Jitra untuk diseragamkan penggunaannya di semua zon oleh setiap warga kerja. Penyeragaman ini kearah menyokong ‘S’ yang keempat iaitu ‘Seragam’ seterusnya memudahkan semua warga kerja untuk mengamalkannya – ‘S’ kelima, sentiasa amal.
Adalah menjadi harapan supaya ‘Buku Manual Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-5S) TNB Jitra Edisi 2’ ini akan dapat memberi panduan kepada semua warga kerja. Insya-Allah,pelbagai lagi usaha akan dilaksanakan agar 5S akan sentiasa menjadi tonggak menyokong kejayaan TNB Jitra mencapai semua matlamatnya. Terbitnya ‘Buku Manual Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-5S) TNB Jitra Edisi 2’ ini juga bermaksud semua intipatinya adalah sebagai ‘Standard’ dan Piawaian Pengamalan Buku Manual Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-5S) TNB Jitra.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pengurus Cawangan (Jitra), En Husaini bin Shahidan. 

Tahniah kepada semua anggotakerja TNB Jitra. Jitra Boleh!

Ahad, 3 Julai 2011

Konvensyen QE (5S) anjuran MPC 2011


Kandungan Brosur
Alhamdulillah. TNB Jitra dan TNB Langkawi telah dipilih oleh pengurusan TNB Negeri Kedah  untuk membentangkan amalan terbaik dalam pelaksanaan 5S pada Konvensyen QE (5S) anjuran MPC 2011 yang akan diadakan di Meritus Pelangi Beach Resort & Spa Langkawi pada 18hb dan 19hb Julai 2011. Pemenang-pemenang bagi Peringkat Wilayah ini akan dijemput untuk menyertai pula Konvensyen Peringkat Kebangsaan.

Objektif konvensyen ini adalah seperti berikut:
  • Menggalakkan pemesatan aktiviti 5S ke seluruh negara dengan memasukkan elemen-elemen inovatif dan kreatif di dalam menyelesaikan masalah di tempat kerja.
  • Memberi peluang kepada kumpulan-kumpulan 5S berkongsi idea serta pendapat dan juga pengalaman di dalam usaha untuk meningkatkan serta menanamkan satu budaya kerja yang lebih baik bagi meningkatkan prestasi kumpulan dan juga organisasi.
  • Bagi mengenalpasti kumpulan-kumpulan 5S yang menyerlah di dalam mengeluarkan idea-idea bernas di dalam persembahan projek mereka untuk dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori yang dipertandingkan di semua peringkat.
Semoga dengan pencalonan ini, akan dapat membuahkan kejayaan manis untuk TNB Jitra khususnya dan TNB Kedah amnya.  

Ayuh kawan-kawan, kita buktikan. JITRA BOLEH!

Sabtu, 18 Jun 2011

PERSIAPAN JK PROMOSI MENJELANG PERSIJILAN SEMULA 5S

Bunting yang disediakan oleh JK Promosi

Poster turut disediakan
Countdown Persijilan Semula 5S