text

Perkongsian Pengalaman

Isnin, 21 Mac 2011

Seuntai Kata Pembuka Bicara

Pertamanya syukur Alhamdulillah kerana atas keizinan-Nya, pengamalan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-5S) di TNB Jitra ini berjalan dengan jayanya sehingga berjayanya juga Jawatankuasa Induk Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-5S) TNB Jitra memiliki laman blog sendiri.
Tahniah kepada semua anggota kerja TNB Jitra kerana telah berjaya memberi komitmen dan kerjasama sehingga TNB Jitra berjaya pertama kali mendapat persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-5S) pada 23 Januari 2010 dan seterusnya menjadi Finalis Anugerah Persekitaran BerKualiti (QE-5s) Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Hotel Hilton, Petaling Jaya pada Disember 2010. Semangat dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh semua anggota kerja TNB Jitra adalah satu perkara yang teramat tinggi nilainya.
Sebagai salah satu usaha ‘Kaizen - Perubahan Berterusandan ke arahPersijilan Semula’, Jawatankuasa Promosi TNB Jitra telah mengambil inisiatif untuk menampilkan blog 5s Menjana Organisasi Cemerlang seiring dengan perkembangan teknologi terkini. Antara tujuannya ialah untuk berkongsi di alam cyber tentang Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-5S) di TNB Jitra. Maklumat di dalamnya akan dikemaskini setiap masa dan diharapkan sedikit sebanyak menerangkan setiap maksud atas setiap sesuatu yang dilaksanakan dan akan dipertingkat dari semasa ke semasa mengikut keperluan Selain itu, laman blog ini juga diterbitkan sebagai perantara ‘knowledge sharing’ di antara kita tak kira di mana berada. Komen dari semua amatlah dialu-alukan untuk penambahbaikan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-5s) di TNB Jitra.
Insya-Allah, pelbagai lagi usaha akan dilaksanakan agar 5S akan sentiasa menjadi tonggak menyokong kejayaan TNB Jitra mencapai semua matlamatnya
Tahniah sekali lagi kepada semua anggota kerja, Kumpulan Smart, Zoom, Graviti, Slam, Delta dan Mutiara. Tahniah dan Syabas kepada semua Ahli Jawatankuasa Induk Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-5S) TNB Jitra terutamanya Jawatankuasa Promosi. Tidak lupa juga kepada MSOD dan Pengurusan TNB Negeri Kedah yang banyak membantu dalam menjayakan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-5s) di TNB Jitra. 
“5S Menjana Organisasi Cemerlang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan