text

Perkongsian Pengalaman

Khamis, 14 April 2011

BIG CLEANING DAY

Big Cleaning Day sebagai persiapan Persijilan Semula 5s akan diadakan pada 16 April 2011, jam 8.00 pagi.  Semua anggotakerja diwajibkan hadir. Tunjukkan komitmen kita terhadap Amalan  5s dan buktikan pada semua yang kita juga boleh lakukannya. JITRA BOLEH!

Sabtu, 9 April 2011

Persiapan Terakhir Kempen 1 Pokok 1 Staff

Sebanyak 69 pasu disediakan dengan pelbagai jenis pokok bagi menjayakan Kempen 1 Pokok 1 Staff. Disamping untuk mengindahkan landskap di TNB Jitra, ia juga adalah kesinambungan dari Kempen Bumi Hijau yang telah dianjurkan oleh kerajaan sebelum ini. Objektif utama kempen menanam pokok oleh kerajaan ini adalah untuk menggerakkan aktiviti landskap ke arah menjadikan Malaysia negara taman. 

Semoga kempen ini dapat merealisasikan komitmen kerajaan kepada dunia bagi mengekalkan 50 peratus daripada bumi Malaysia hijau. Jitra Boleh!

Khamis, 7 April 2011

Buku Manual 5s TNB Jitra Edisi 1

Buku Manual 5s TNB Jitra Edisi 1
Contoh standard label laci di TNB Jitra
Contoh sistem failing di TNB Jitra
Bagi menyeragamkan Amalan 5s, buku Manual 5s TNB Jitra edisi 1 telah dikeluarkan pada bulan Disember 2010 yang lalu. Buku manual ini diadakan adalah bertujuan  untuk menyediakan satu 'platform' dan mekanisme dalaman tentang Amalan 5s di TNB Jitra. Mudah-mudahan dengan terbitnya buku manual ini dapat memberi lebih  kefahaman kepada semua anggoatkerja. Jitra Boleh!

Lawatan Benchmarking Oleh Jabatan Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah

Pengurus Cawangan (Jitra) merangkap Pengerusi 5s TNB Jitra, En Husaini bin Shahidan sedang memberi taklimat dibantu Puan Ruzana binti Ahmad, Setiausaha 5s TNB Jitra.
Rombongan dari Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah sedang mendengar taklimat di Dewan Bakawali Aras 3 Wisma TNB.

En Husaini sedang menerangkan tentang sistem fail di TNB Jitra.

TNB Jitra sekali lagi dikunjungi untuk Lawatan Benchmarking Amalan 5s pada hari ini, 07 April 2011. Kali ini giliran Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah. Rombongan telah disambut oleh Pengurus Cawangan (Jitra), En Husaini bin Shahidan dan Steering Committee 5s TNB Jitra. Seperti biasa peserta diberi taklimat dan dibawa melawat sekitar pejabat dan setor TNB Jitra. Terima kasih atas kunjungan.

Selasa, 5 April 2011

Lawatan Benchmarking Amalan 5s Di TNB Jitra

TNB Jitra yang telah memperolehi Persijilan 5s dari MPC pada tanggal 23 Januari 2010 telah mengundang jabatan luar untuk melakukan Lawatan Benchmarking Amalan 5s. Antara jabatan luar yang telah melakukan lawatan ialah :
  • Pejabat Pilihanraya Negeri Kedah 
  • Pejabat Pegawai Pergigian Daerah Kubang Pasu  
  • TNB Langkawi 
  • Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Kedah 
  • Jabatan Kesihatan Negeri Kedah 
  • Jabatan Akauntan Negara Cawangan Kedah 
  • Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Perlis 
  • Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Pendang  
  • Jabatan Pertahanan Awam Negeri Kedah 
  • Jabatan Taman Laut Negeri Kedah  
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah - akan melawat TNB Jitra pada 07 April 2011
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua jabatan yang telah sudi berkunjung ke TNB Jitra.

"5s Menjana Organisasi Cemerlang"

Ahad, 3 April 2011

Lawatan Benchmarking Oleh Jabatan Taman Laut Negeri Kedah

Tuan Syed Hasnan sedang memberi taklimat tentang perlaksanaan 5s di TNB Jitra

Lawatan ke Bilik Fail Aras 2
Peserta sedang melihat kandungan fail Induk dan Jawatakuasa 5s
Lawatan ke Stor TNB
En Mohd Nazri, Pengarah Jabatan Taman Laut Negeri Kedah menyampaikan cenderahati kepada En Abdul Aziz bin Yaacob, Pengurus Kawasan (Alor Setar)
31 Mac 2011 - Jabatan Taman Laut Negeri Kedah telah membuat lawatan benchmarking Amalan 5s di TNB Jitra, baru-baru ini. Rombongan ini telah diketuai oleh Pengarah Jabatan Taman Laut Negeri Kedah, En Mohd Nazri bin Ismail. Peserta rombongan telah diberi taklimat ringkas oleh Tn Syed Hasnan  bin Syed Ahmad, Ketua Juruaudit 5s TNB Jitra dan Puan Ruzana binti Ahmad, Setiausaha Jawatankuasa Induk 5s TNB Jitra. Peserta turut dibawa melawat sekitar pejabat dan stor TNB Jitra. Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Taman Laut Negeri Kedah kerana sudi menjadikan TNB Jitra sebagai destinasi pilihan dalam lawatan benchmarking Amalan 5s.

Jumaat, 1 April 2011

Best Practice 5s 1

Sistem Failing Aras 2
Carta Pergerakan Anggotakerja
Sistem Failing di Kaunter Perkhidmatan
TNB Jitra antara finalist Anugerah QE-5s Kebangsaan 2010. Semasa sessi audit anugerah tersebut, 10 tempat telah dianugerahkan bintang yang merupakan nilai tambah terhadap amalan 5s yang diamalkan. Antaranya Sistem Failing di Aras 2, Carta Pergerakan Anggotakerja dan Sistem Failing di Kaunter Perkhidmatan. (bersambung)

Big Cleaning Day 2011

Poster Big Cleaning Day 2011
Menjelang Persijilan Semula 5s, program Gotong Royong "Big Cleaning Day" akan diadakan pada 16 April 2011, hari Sabtu, jam 8.00 pagi. Semua anggota kerja dijemput hadir.

Ke Arah Persijilan Semula 5s TNB Jitra

Poster Kempen 1 Pokok 1 Staff
Antara persiapan menjelang Persijilan Semula 5s yang telah diatur oleh Jawatankuasa Induk 5s TNB Jitra, antaranya ialah Kempen 1 Pokok 1 Staff yang akan diadakan pada 10 April 2011, hari Ahad, jam 8.00 pagi. Antara tujuan kempen ini diadakan adalah untuk mengindahkan lagi landskap di perkarangan pejabat dan stor TNB Jitra. Semoga kempen ini dapat memberi nilai tambah semasa persijilan nanti.

Semua anggotakerja diwajibkan hadir bagi membuktikan komitmen semua terhadap amalan berterusan 5s di TNB Jitra.